Seludup burung dalam penggulung rambut!

Burung-burung tersebut disembunyikan dalam penggulung rambut. - Foto Kastam dan Perlindungan Sempadan AS
Burung-burung tersebut disembunyikan dalam penggulung rambut. - Foto Kastam dan Perlindungan Sempadan AS
A
A
A

NEW YORK - Seorang lelaki dalam penerbangan dari Guyana ditahan pegawai kastam selepas cuba menyeludup 34 ekor burung jenis finches yang disorok dalam penggulung rambut.

Dalam kejadian Ahad lalu, Francis Gurahoo yang menyembunyikan semua burung hidup berkenaan dalam beg ditahan pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, New York.

Difahamkan, lelaki berusia 39 tahun itu bercadang menjual burung terbabit bagi digunakan dalam pertandingan burung di bandar New York.

Burung finches dari Guyana yang dikatakan mempunyai suara lebih merdu daripada finches dari Amerika Syarikat sering digunakan dalam pertandingan burung yang mendatangkan hasil lumayan.

Menurut dokumen mahkamah, Gurahoo dari Connecticut mengaku berniat menyeludup burung-burung tersebut pada harga AS$3000 (RM12,493) seekor.

Pertandingan burung seumpama itu sering diadakan di kawasan awam seperti taman, dua ekor burung akan 'menyanyi' dan hakim akan memilih burung dengan suara paling merdu. - sky.news

Artikel Berkaitan: