Peniaga ayam maut kemalangan

Ab Salam @ Azri maut selepas motosikal ditunggang terbabas lalu bergesel dengan sebuah kereta di Kampung Pasir Hor hari ini.
Ab Salam @ Azri maut selepas motosikal ditunggang terbabas lalu bergesel dengan sebuah kereta di Kampung Pasir Hor hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang peniaga ayam maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas lalu bergesel dengan sebuah kereta di Kampung Pasir Hor di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagimenyebabkan mangsa Ab Salam @ Azri Abdullah, 39, yang menunggang motosikal Modenas Kriss meninggal dunia di lokasi.

Pemandu wanita kereta jenis Proton Arena berusia 54 tahun itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebelum itu Ab Salam menunggang motosikal dari arah Wakaf Che Yeh menghala ke tempat kerja di Pasir Hor.

“Apabila tiba di tempat kejadian motosikal mangsa dipercayai bergesel pada bahagian belakang kereta yang dipandu seorang wanita sebelum hilang kawalan dan terbabas.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa gagal memgawal motosikal sebelum masuk ke laluan kereta dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: