Pakar perubatan di Kota Tinggi tawar khidmat percuma

Mohd Khuzzan (kiri) ketika hadir Program Jom Jumpa Pakar dianjurkan PDJ di Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Tenggaroh 5 kelmarin.
Mohd Khuzzan (kiri) ketika hadir Program Jom Jumpa Pakar dianjurkan PDJ di Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Tenggaroh 5 kelmarin.
A
A
A

MERSING - Persatuan Doktor-Doktor Johor (PDJ) berjaya menghimpunkan barisan pakar perubatan sekitar Johor untuk memberikan khidmat secara percuma kepada penduduk Mersing sempena Program Jom Jumpa Pakar dianjurkan di Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Tenggaroh 5, kelmarin.

Exco Kesihatan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, beliau gembira dengan usaha PDJ itu yang menganjurkan program kesihatan secara percuma untuk penduduk luar bandar di seluruh Johor.

Menurutnya, beliau dimaklumkan program berkenaan adalah yang kelima diadakan sekitar negeri Johor.

"Barisan pakar perubatan ini antaranya ialah dari kepakaran kardiologi, ortopedik, dermatologi, perubatan dalaman, psikiatri, onkologi, obstetrik dan ginekologi, ENT, pergigian, perubatan keluarga dan lain-lain lagi.

"Peluang sebegini perlu direbut penduduk terutamanya dalam mengesan apa saja penyakit yang boleh dicegah di peringkat awal," katanya ketika berucap merasmikan program tersebut.

Mohd Khuzzan berkata, jarang sekali masyarakat dapat peluang seperti itu untuk berjumpa dengan pakar.

"Biasanya pesakit perlu pergi ke hospital untuk berjumpa dengan pakar, tetapi pada kali ini pakar-pakar datang kepada masyarakat untuk berjumpa dengan penduduk sekitar Mersing.

"Saya berharap agar program-program saringan kesihatan seperti ini dapat diteruskan. Usaha murni oleh PDJ boleh terus diperluaskan lagi, supaya ia dapat dimanfaatkan oleh seluruh penduduk di negeri Johor khasnya," katanya.

Artikel Berkaitan: