Kabinet tak bincang isu video intim

 Salahuddin
Salahuddin
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub memberitahu, Kabinet tidak membincangkan mengenai video intim yang tersebar melibatkan seorang menteri kanan Kabinet.

Menurutnya, Kabinet tidak teruja mengenai isu tersebut dan ia tidak mengganggu tugas mereka.

“Kabinet tak teruja mengenai isu ini dan pada mesyuarat yang lepas tak bincang pasal isu ini.

“Saya sebagai ahli Kabinet percaya polis boleh selesaikannya,” katanya pada sidang media selepas pengumuman dividen Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di sini hari ini.

Minggu lalu tersebar video intim melibatkan dua individu, salah seorangnya mirip menteri kanan Kabinet.

Salah seorang pelaku dalam video itu Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku bahawa dirinya merupakan individu bersama menteri tersebut yang dinyatakan sebagai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun Mohamed Azmin ketika ditemui pemberita menafikan dirinya terlibat dalam videa berkenaan.

Dalam pada itu, Salahuddin meminta rakyat menolak politik kotor dan jijik tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Jangan ada dalam pemikiran kita, ia mengaibkan. Jangan kita gembira, sama ada suka (pada Mohamed Azmin) atau musuh politiknya, esok boleh kena pada saya dan anggota kabinet yang lain, tak boleh terima politik ini,” katanya.