Lima direman terlibat kes gaduh di Flat Paya Nahu

Lima lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rusuhan di Flat Paya Nahu petang semalam.
Lima lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rusuhan di Flat Paya Nahu petang semalam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Lima lelaki berusia 19 hingga 41 tahun ditahan reman empat hari berhubung insiden pergaduhan di Flat Paya Nahu, dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian tercetus apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun cedera di kaki kanan dan luka kecil di siku kanan akibat kemalangan.

Menurutnya, dalam kejadian sama, seorang lelaki berusia 45 tahun luka di kepala dipercayai dipukul menggunakan kayu berpaku dalam pergaduhan terbabit.

"Hasil siasatan awal mendapati, pergaduhan tercetus antara dua kumpulan di Flat Paya Nahu berpunca daripada kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dengan seorang kanak-kanak perempuan pejalan kaki.

"Akibat kemalangan itu, kanak-kanak terbabit luka di kaki kanan dan siku.

"Kemudian datang dua lelaki telah memukul pembonceng motosikal tersebut dan beberapa lelaki lain telah tarik motosikal sebelum merosakkan di bahagian belakang dengan menggunakan kayu dan besi," katanya.

Menurut Adzli, pada masa sama, seorang pemandu kereta yang hendak membawa mangsa kanak-kanak perempuan ke hospital telah mengundur dalam keadaan laju dan hampir hendak melanggar dua kanak-kanak lelaki yang berada di lokasi kejadian.

"Kejadian itu telah mencetuskan kekecohan membabitkan lebih ramai individu yang berkumpul di lokasi pergaduhan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 148/324 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dan mendatangkan kecederaan.