Perak kenal pasti 30 lokasi berisiko tinggi masalah dadah

May Ing (tengah) pada sidang media berkenaan hari ini.
May Ing (tengah) pada sidang media berkenaan hari ini.
A
A
A
IPOH - [DIKEMASKINI] Sejumlah 30 kawasan di sekitar Perak dikenal pasti berisiko tinggi dengan masalah penagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.

Exco Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing berkata, berdasarkan maklumat, tujuh daripada kawasan berkenaan berada di daerah Larut, Matang dan Selama, daerah Kinta dan Kerian (lima), Kuala Kangsar dan Perak Tengah (dua), Manjung dan Batang Padang (tiga) selain Hilir Perak, Hulu Perak dan Kampar masing-masing memiliki satu kawasan berisiko.

Malah menurut May Ing, seramai 1,100 pelajar dikesan positif dadah hasil pemeriksaan saringan air kencing yang dibuat terhadap 3,090 pelajar.

"Jumlah ini amat membimbangkan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar di negeri ini.

“Kerajaan negeri juga akan terus melaksanakan kempen perangi dadah habis-habisan dalam usaha menangani permasalahan berkenaan.

"Apa pun, kerajaan negeri akan terus memberikan tumpuan dalam usaha menangani masalah penagihan dadah dengan memberikan tumpuan dalam aspek mencegah lebih baik daripada mengubati (prevention is better than cure),” di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah AADK Perak, Ahamad Faadzil Alang.

Tambah May Ing, pihaknya juga merancang untuk melaksanakan program-program secara berfokus di semua kawasan berisiko, berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri melalui Bajet 2019 telah meluluskan peruntukan berjumlah RM75,000 bagi menyokong program-program anti dadah yang dilaksanakan okeh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat.
Artikel Berkaitan:


"Orang ramai diharapkan mampu menjadi mata dan telinga bagi AADK khususnya dalam menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyalah gunaan dan bahaya

“Orang ramai juga boleh mendapatkan khidmat nasihat termasuk berkaitan rawatan dan pemulihan yang disediakan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline AADK bagi melaporkan setiap isu berkaitan penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, May Ing turut mengumumkan mengenai penganjuran program Jelajah Anti Dadah bagi peringkat sekolah SJK (C) dan SMJK (C) yang bakal berlangsung di daerah Manjung, Taiping dan Ipoh mulai 19 hingga 20 Jun ini.

Katanya program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Belia Kristian Malaysia (MCYA) Perak dan Charis Youth Centre (CYC).

"Sebanyak 18 SJK (C) dan SMJK (C) terlibat dengan program berkenaan yang akan turut menyediakan pelbagai bentuk persembahan seperti tarian, drama serta komik bagi menarik golongan muda yang masih bersekolah ini.

"Pada 26 Jun SJK (C) akan mengadakan pertunjukan awam di Dewan Serbaguna Sekolah berkenaan dan orang ramai dijemput hadir," katanya.