Malaysia belum terima permohonan ekstradisi Zakir Naik

Dr Wan Azizah ketika beramah mesra bersama pengunjung sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pandan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya hari ini. - Foto Bernama
Dr Wan Azizah ketika beramah mesra bersama pengunjung sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pandan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia belum menerima sebarang permohonan daripada kerajaan India untuk mengekstradisi pendakwah, Dr Zakir Naik dari negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pendirian kerajaan ketika ini adalah sama seperti dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

"Saya memang ada bertanya juga, tetapi sekarang ini kerajaan Malaysia tidak ada terima apa-apa permohonan daripada India untuk ekstradisi Zakir.

"Tetapi Perdana Menteri sudah jawab isu ini dan itu pendirian kita," katanya kepada media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pandan di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

ARTIKEL BERKAITAN: Ekstradisi Zakir Naik: Jangan tunduk desakan India

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Malaysia berhak menolak sebarang permohonan ekstradisi untuk Zakir jika yakin pendakwah itu tidak akan mendapat keadilan di India.

Dr Mahathir menyamakan kes Zakir dengan usaha Malaysia membawa pulang Sirul Azhar Umar dari Australia.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Kerajaan India melalui Kementerian Hal Ehwal Luarnya dilaporkan akan meneruskan permohonan ekstradisi Zakir dari Malaysia.