Kedai makan jadi port judi diserbu

Pemilik kedai dan 33 individu termasuk tiga wanita ditahan.
Pemilik kedai dan 33 individu termasuk tiga wanita ditahan.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Aktiviti perjudian yang berselindung di sebalik operasi sebuah kedai makan di kawasan Sungai Buloh, Sungai Siput terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa, petang tadi.

Serbuan sekitar jam 3.30 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, dalam Op Dadu-Catataruh Haram atau dikenali Bookie Kuda itu, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki dipercayai pemilik restoran dan 33 individu termasuk tiga wanita.

"Kesemua mereka berusia antara 40 hingga 77 tahun ini bekerja sendiri dan merupakan ejen serta pemain pertaruhan lumba kuda haram terbabit.

"Siasatan awal mendapati, kegiatan judi berkenaan baru beroperasi sejak lima bulan lalu di kawasan itu," katanya kepada media hari ini.

Menurutnya, menerusi serbuan itu polis turut merampas pelbagai barangan yang digunakan bagi kegiatan perjudian seperti alat kelui (pager), keratan akhbar yang memaparkan jadual lumba kuda, keratan kertas putih dan kepingan jubin yang terdapat catitan pertaruhan serta wang tunai berjumlah RM25,787.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan semua tangkapan akan direman untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kegiatan tidak bermoral itu dikesan beroperasi sejak lima bulan lalu.
Kegiatan tidak bermoral itu dikesan beroperasi sejak lima bulan lalu.