Kedai bahan binaan musnah terbakar

Anggota Bomba dan Penyelamat giat memadamkan kebakaran kedai bahan binaan di Jalan Bukit Belacan. Foto: Pembaca
Anggota Bomba dan Penyelamat giat memadamkan kebakaran kedai bahan binaan di Jalan Bukit Belacan. Foto: Pembaca
A
A
A

AMPANG - Sebuah kedai bahan binaan di Jalan Bukit Belacan, di sini musnah dalam kebakaran, tadi.

Menurut kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.47 petang.

Sepasukan 12 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dan Pandan bergegas ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba Ariff Mohamed Kassim memaklumkan api marak ketika mereka tiba ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan bangunan kelas C berkeluasan 80 x 100 kaki persegi dengan 80 peratus kebakaran.

"Anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal kebakaran pada jam 6.02 petang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: