Kemalangan maut di Pahang menurun

Kamarulzaman
Kamarulzaman
A
A
A

KUANTAN - Kes kemalangan maut di negeri ini menunjukkan penurunan apabila merekodkan 19 kes dengan 21 kematian dalam tempoh 10 hari perlaksanaan Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan tiga kes berbanding 22 kes dengan 23 kematian dicatatkan pada Op Selamat 13/2018.

Menurutnya, secara keseluruhannya, jumlah kemalangan di negeri ini dalam tempoh itu mencatatkan 1,208 kes iaitu meningkat sebanyak 163 kes atau 15.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 1,045 kes.

“Kes kemalangan melibatkan kecederaan parah dan ringan juga menurun kepada hanya tujuh kes pada Op Selamat kali ini berbanding 20 kes pada Ops Selamat 13," katanya semalam.

Beliau berkata, jumlah saman dikeluarkan sepanjang tempoh Op Selamat 15 sebanyak 18,721 saman atas pelbagai kesalahan.

“Jumlah itu juga menunjukkan penurunan sebanyak 1,984 saman berbanding 20,705 saman dikeluarkan pada Op Selamat 13 tahun lalu,” katanya.

Artikel Berkaitan: