Kuota tambahan haji: Kerajaan masih tunggu keputusan Arab Saud

Mujahid (kiri) turut melancarkan buku Rahmat Sekalian Alam pada Majlis Zakat Korporat 2019 di sini hari ini
Mujahid (kiri) turut melancarkan buku Rahmat Sekalian Alam pada Majlis Zakat Korporat 2019 di sini hari ini
A
A
A

BANGI - Kerajaan masih menunggu kelulusan kuota tambahan haji sebanyak 10,000 daripada kerajaan Arab Saudi untuk tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, kelulusan itu terletak pada pimpinan tertinggi Arab Saudi.

Katanya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah mengutuskan surat kepada kerajaan Arab Saudi berhubung perkara itu.

"Kuota tambahan 10,000 itu terletak kepada pimpinan tertinggi Arab Saudi untuk tentukan.

"Kita masih menunggu (kelulusan) dan berusaha untuk ringankan waktu menunggu (jemaah haji Malaysia)," katanya pada sidang media selepas Majlis Zakat Korporat 2019 di salah sebuah hotel di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, umat Islam kehilangan kuota tambahan 10,000 bagi menunaikan haji setiap tahun berikutan hubungan dingin antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan Arab Saudi.

Bagaimanapun Mujahid tampil menyangkal dakwaan itu dengan menegaskan kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan kouta tambahan tersebut.

Berdasarkan rekod 10 tahun lalu, ada empat tahun iaitu 2013, 2014, 2015 dan 2016, yang mana permohonan kuota tambahan yang dibuat TH tidak diluluskan.

Artikel Berkaitan: