Pengusaha hotel digesa promosi minyak sawit kepada pelancong

Teresa Kok
Teresa Kok
A
A
A

GEORGE TOWN- Pengusaha hotel digesa memainkan peranan mereka dengan mempromosikan minyak sawit kepada pelancong terutamanya pelancong asing mengenai kebaikan minyak tersebut, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok.

Beliau berkata pengusaha hotel boleh mengambil peluang dengan memberi penerangan kepada pelancong mengenai minyak sawit selain menggunakan minyak sawit premium dalam masakan mereka.

"Kami berharap pengusaha hotel dapat memainkan peranan mereka dengan mempromosikan minyak sawit kepada pelancong," katanya selepas Program Cintai Minyak Kelapa Sawit bersama Persatuan Hotel Pulau Pinang dan Persatuan Tukang Masak Pulau Pinang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Datuk Dr Kalyana Sundram, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Pengerusi Persatuan Hotel Pulau Pinang Khoo Boo Lim dan Presiden Persatuan Jurumasak Pulau Pinang Audee Cheah.

Katanya kementerian tidak berhasrat untuk mewajibkan penggunaan minyak sawit di semua hotel di negara ini kerana mahu pemain industri mempunyai kebebasan memilih jenis minyak masak yang sesuai untuk juadah yang dihidangkan kepada pelanggan.

"Kita tidak bercadang untuk mewajibkan penggunaan minyak sawit selepas mempertimbangkan bahawa terdapat beberapa sajian khusus yang lebih sesuai dimasak menggunakan minyak selain daripada kelapa sawit," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: