Tip penjagaan tudung agar tidak rosak

Hanya celup dan bilas, pasti tudung anda tidak rosak.
A
A

SETIAP wanita mesti pernah menghadapi masalah dalam penjagaan tudung. Ada yang rosak bila dicuci, tak kurang juga warna menjadi pudar.

Perkara ini benar-benar membuatkan kaum wanita rasa tertekan hingga membuat perkiraan untuk membeli tudung baharu.

Jangan gusar ya! Femina mahu kongsikan beberapa tip yang boleh dipraktikkan agar tudung anda kekal sempurna.

1) Jangan ramas tudung ketika mencuci

Ketika mencuci tudung, jangan diramas. Cara ini boleh merosakkan tudung anda. Tindakan yang tepat adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

2) Rendam tudung kurang 15 minit

Selepas mencelup dan mengangkat beberapa kali, rendamkan tudung di dalam campuran air bersama pelembut selama 10 ke 15 minit. Kemudian, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Ingat, jemur tudung anda di kawasan yang redup bukannya di bawah sinaran matahari yang terik. Ia boleh merosakkan dan memudarkan warna tudung.

3) Elakkan membasuh tudung menggunakan mesin basuh

Membasuh tudung dengan mesin basuh boleh merosakkan tudung anda. Tekanan kuat pada mesin basuh tidak sesuai dengan material tudung anda. Sebaiknya cuci dengan tangan.

4) Jangan basuh tudung bersama pakaian lain

Sebaiknya, cuci tudung anda bersama tudung sahaja. Jangan sesekali mencampurkan tudung anda dengan kain atau pakaian lain. Banyak kes di mana warna baju turun dan merosakkan tudung.

Selamat mencuba!


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia