11 warga Laos, Thailand cedera dalam kemalangan

Keadaan mangsa yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Keadaan mangsa yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan berkenaan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sembilan warga Laos dan dua warga Thailand cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan sebuah van jenis Toyota Hiace kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Kejadian berlaku apabila pemandu van dikenali sebagai Abdunman Tohbu, 30, dikatakan terlelap ketika sampai di Kilometer 101.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara menyebabkan berlaku pelanggaran antara kedua-dua kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pemandu treler berusia 42 tahun dari Kulaijaya, Johor tidak mengalami sebarang kecederaan manakala Abdunman mengadu sakit di dada sementara yang lain cedera ringan.

Menurutnya, kedua-dua kenderaan bergerak di lorong kiri dari arah Plaza Tol Sungai Petani Selatan ke arah Plaza Tol Sungai Petani Utara dengan kedudukan treler mendahului van.

"Pemandu van dipercayai terlelap lalu melanggar bahagian belakang kanan treler.

"Akibat kejadian tersebut, pemandu treler tidak cedera tetapi 10 penumpang van cedera. Pemandu van yang tersepit di tempat duduk pemandu juga cedera ringan,"katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: