Anak ular dalam pam tandas

Anak ular sawa yang ditemui di dalam pam tandas sebuah rumah di Taman Ampang Pecah, kelmarin.
Anak ular sawa yang ditemui di dalam pam tandas sebuah rumah di Taman Ampang Pecah, kelmarin.
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Seekor anak ular sawa ditemui di dalam pam tandas di sebuah rumah di Taman Ampang Pecah kelmarin.

Kehadiran ular berkenaan disedari penghuni kira-kira jam jam 9.20 malam.

Pegawai Bahagian Operasi APM Hulu Selangor, Leftenan Pertahanan Awam Ab Azizul Hakim Ab Rahim berkata, tiga anggota ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.

Menurutnya, operasi diketuai Koperal Mohd Firdaus Abd Samad yang melakukan pencarian dan menemui ular tersebut di dalam pam tandas.

"Reptilia tersebut ditangkap dan dibawa balik ke PKOD Hulu Selangor dan dilepaskan ke habitat yang lebih selamat serta jauh dari penempatan penduduk," katanya.

Artikel Berkaitan: