Mali pecat Gabenor Mopti susulan pembunuhan beramai-ramai

Kubur digali bagi mengebumikan mangsa pembunuhan beramai-ramai di perkampungan Sobane Da yang didiami etnik Dogon.
Kubur digali bagi mengebumikan mangsa pembunuhan beramai-ramai di perkampungan Sobane Da yang didiami etnik Dogon.
A
A
A

BAMAKO - Kerajaan Mali semalam memecat Gabenor wilayah tengah Mopti susulan pembunuhan beramai-ramai di sebuah kampung menyebabkan 35 orang maut.

Sebelum ini kerajaan memberikan jumlah mangsa yang dibunuh ialah seramai 95 orang manakala 19 masih hilang.

Jumlah itu berdasarkan maklumat awal daripada pihak tentera dan datuk bandar yang mengunjungi perkampungan itu.

Mali turut berkabung selama tiga hari sebagai penghormatan kepada mangsa serangan pengganas pada 10 Jun lalu terhadap populasi perkampungan Sobane Da, kata Presiden Ibrahim Boubacar Keita dalam satu kenyataan dibacakan di stesen televisyen negara.

“Mengambil pengajaran daripada tragedi itu, Kabinet memecat Gabenor Mopti,” kata Jeneral Sidi Alassane Toure.

Seramai 24 yang maut adalah kanak-kanak, kata kerajaan dalam satu kenyataan menambah enam ditahan susulan insiden itu.

Dalam satu lagi insiden lain semalam, satu serangan berlaku terhadap kumpulan etnik Dogon di selatan negara itu menyebabkan dua mati sementara beberapa yang lain cedera.

Penyerang mengepung kampung Sobane Da, membunuh penduduk dan membakar rumah dalam serangan yang berlaku selama tujuh jam itu, kata mangsa yang terselamat.

Artikel Berkaitan:

Pembunuhan itu menambah kegusaran terhadap keganasan di wilayah berkenaan, di mana ketegangan semakin memuncak akibat kebangkitan gerakan pengganas pada 2015. – AFP