17,000 penjawat awam Selangor terima bantuan kewangan khas

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 17,000 penjawat awam di Selangor menikmati Bantuan Kewangan Khas sebanyak satu bulan gaji bermula hari ini,

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pemberian bantuan tersebut yang melibatkan implikasi kewangan kerajaan negeri sebanyak RM34.54 juta itu bertujuan bagi merangsangkan lagi prestasi penjawat awam di negeri ini.

"Dalam usaha merangsangkan lagi prestasi penjawat awam, satu bayaran bantuan khas kewangan tambahan satu bulan gaji akan dibayar pada 20 Disember (hari ini).

"Bayaran gaji bulan ini juga akan diawalkan bagi membolehkan ibu bapa melakukan persiapan membeli kelengakapan buat anak-anak menjelang bermula sesi persekolahan tahun 2019," katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi pembentangan Bajet Selangor 2019 sebelum ini, Amirudin mengumumkan pemberian Insentif Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini.

Mengulas lanjut, Amirudin yang juga merupakan Adun Sungai Tua memaklumkan pihaknya berharap agar pemberian insentif ini dapat menaikkan semangat penjawat awam untuk terus memantapkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Semoga insentif ini dapat memotivasikan penjawat awam agar lebih tekun dan cekap berusaha memantapkan jentera pentadbiran Kerajaan Selangor dalam memberi khidmat kepada rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: