Azmin tak pernah jumpa Haziq di Sandakan: Hilman

Hilman ketika ditemui media selepas majlis bacaan Yasin dan solat hajat menolak fitnah anjuran PKR di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Bukit Megawati, di sini malam ini.
Hilman ketika ditemui media selepas majlis bacaan Yasin dan solat hajat menolak fitnah anjuran PKR di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Bukit Megawati, di sini malam ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pernah berjumpa dengan lelaki bernama Muhammad Haziq Aziz yang dikaitkan dengan video seks mirip mereka.

Setiausaha Politik kepada Mohamed Azmin, Hilman Idham berkata, beliau bersama-sama dengan Timbalan Presiden PKR itu sepanjang berada di Sandakan sempena PRK, Mei lalu.

"Saya ingin menegaskan sepanjang Mohamed Azmin di Sandakan, saya ada bersamanya daripada beliau tiba di lapangan terbang hingga pulang. Saya tiba di Sandakan lebih awal dan tinggalkan Sandakan selepas Mohamed Azmin pulang.

"Saya cukup yakin tiada perlakuan sebegitu jijik dilakukan oleh beliau. Sebab itu saya nyatakan pendirian bahawa saya sendiri akan melawan fitnah ini habis-habisan," katanya kepada media selepas majlis bacaan Yasin dan solat hajat menolak fitnah anjuran PKR di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Bukit Megawati, di sini malam ini.

Muhammad Haziq dalam video pengakuannya hari ini mendakwa, dia merupakan individu dalam video seks yang turut dikaitkan dengan Mohamed Azmin.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini...’ – Azmin

Katanya, video tersebut telah diambil tanpa kebenarannya pada 11 Mei semasa PRK Sandakan di Hotel Fourpoints.

Mengulas lanjut, Hilman yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, beliau juga tidak pernah melihat Muhammad Haziq sepanjang tempoh kempen di Sandakan.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, katanya, beliau akan membuat laporan polis terhadap perlakuan jenayah dilakukan Muhammad Haziq di IPD Putrajaya dan laporan khazaf bagi membersihkan nama Mohamed Azmin di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Putrajaya, esok.

"Kita yakin fitnah ini adalah satu komplot terancang sejak beberapa bulan lalu untuk menjatuhkan karier politik beliau," katanya.