UEM Group nafi ada akaun Maybank cawangan Kuala Lumpur

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - UEM Group Berhad (UEM Group) menafikan mempunyai akaun di cawangan utama Maybank termasuk nombor akaun yang tertera dalam salinan transaksi tular yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam kenyataan media hari ini, UEM Group telah membuat laporan polis dan bersedia bekerjasama dengan pihak berwajib bagi membersihkan nama kumpulan berasaskan kejuruteraan infrastuktur dan perkhidmatan itu.

Semalam, dua salinan transaksi pemindahan wang yang tertera nama Mohamed Azmin Bin Ali tular bersama tiga rakaman video intim.

Satu salinan transaksi tertera logo Maybank manakala satu lagi, Deutsche Bank.

Mohamed Azmin melalui kenyataan hari ini menjelaskan tuduhan tersebut bersifat jahat dan kejam.

Menurutnya, fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya.

Mohamed Azmin juga yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

‘Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini...’ – Azmin

Setiausaha Sulit Timbalan Menteri buat dakwaan terlibat dalam klip video seks

Saya tak tahu apa-apa, kata Dr Mahathir

Artikel Berkaitan: