Klinik dalam talian mudahkan penduduk Pulau Pinang

Dr Afif (tiga dari kiri) dan Hazwan (tiga dari kanan) menunjukkan cara penggunaan aplikasi DoctorOnCall kepada Kon Yeow (tengah) pada sidang media yang diadakan di sini semalam.
Dr Afif (tiga dari kiri) dan Hazwan (tiga dari kanan) menunjukkan cara penggunaan aplikasi DoctorOnCall kepada Kon Yeow (tengah) pada sidang media yang diadakan di sini semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Penduduk di Pulau Pinang kini mudah untuk mendapatkan khidmat nasihat kesihatan tanpa perlu ke mana-mana pusat rawatan dengan inisiatif DoctorOnCall yang diperkenalkan di negeri ini.

DoctorOnCall merupakan klinik dalam talian yang menawarkan perkhidmatan konsultasi oleh doktor-doktor bertauliah selain ia memudahkan orang ramai mendapatkan ubat-ubatan yang akan dihantar terus pelanggan.

Exco Kesihatan, Dr Afif Bahardin berkata, inisiatif ini akan mempermudahkan orang ramai yang tidak berkesempatan untuk ke klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

Menurutnya, kemudahan ini turut membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman yang mempunyai rangkaian internet.

“Perkhidmatan ini boleh digunakan dengan melayari laman web www.DoctorOnCall.com.my atau menghubungi talian 03-84082000.

“Malah, kerajaan negeri juga menawarkan promosi menerusi kod PENANG2030 yang mana orang ramai bakal menikmati konsultasi percuma daripada doktor yang bertugas berserta diskaun 20 peratus bagi ubat-ubatan yang diperlukan yang akan dihantar secara percuma ke rumah mereka,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini.

Turut hadir Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Pengasas DoctorOnCall, Hazwan Najib.

Perkhidmatan DoctorOnCall sebelum ini telah bekerjasama dengan beberapa kerajaan negeri sebagai klinik panel antaranya bagi program Peduli Sihat Selangor; Perak Prihatin dan KIDA Kedah.

Ketika ini, terdapat sekurang-kurangnya 80 doktor pakar terlibat dalam inisiatif itu yang bersedia memberi konsultasi bagi pelbagai jenis penyakit seperti demam; batuk dan selesema selain penyakit jangka panjang seperti kencing manis; tekanan darah tinggi; kolesterol dan sebagainya.

Sementara itu, Kon Yeow menyifatkan inisiatif tersebut selari dengan visi Penang 2030 iaitu ke arah meningkatkan kualiti hidup, kesejahteraan dan kesihatan penduduk negeri ini.

Artikel Berkaitan:


Katanya, perkhidmatan ini sekaligus membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat termasuk di kawasan pedalaman.