Perlombongan haram di luar pengetahuan Kerajaan Kelantan: Mohd Amar

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan sekali lagi mengulangi kenyataan perlombongan haram yang berlaku di Kuala Koh berada di luar pengetahuannya.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang enggan mengulas perkara itu sebaliknya meminta media mendapatkan maklumat daripada pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri.

“PTG ada maklumat lengkap, sama ada pihak berkenaan melombong secara haram, berlesen atau mempunyai lesen tamat tempoh.

“Apa tindakan susulan atau penyelesaian juga perlu diperoleh daripada PTG,” katanya pada sidang akhbar mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Amar berkata, Gua Musang diakui kaya dengan sumber mineral namun tidak dapat dipastikan jumlah sebenar bilangan perlombongan di kawasan berkenaan.

Terbaharu katanya, bahan nadir atau ‘rare-earth element’ (REE) seperti bauksit ditemui di daerah berkenaan.

“Cuma kita tak benarkan ia dikeluarkan malah kerajaan negeri sentiasa memantau perkara itu termasuk pengeluaran lesen perlombongan.

“Kerajaan negeri mempunyai kawalan tertentu untuk sebarang aktiviti perlombongan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kelantan sangkal dakwaan wujud aktiviti perlombongan