Tangan tersangkut dalam mangkuk tandas

Keadaan mangsa selepas tangan kanannya tersangkut dalam mangkuk tandas dalam usaha menyelamatkan telefon bimbitnya yang terjatuh di dalamnya semalam. - Foto ihsan JBPM Selangor
Keadaan mangsa selepas tangan kanannya tersangkut dalam mangkuk tandas dalam usaha menyelamatkan telefon bimbitnya yang terjatuh di dalamnya semalam. - Foto ihsan JBPM Selangor
A
A
A

KLANG - Cubaan seorang wanita mengeluarkan telefon bimbit yang terjatuh di mangkuk tandas gagal sebelum tangannya pula tersangkut di dalamnya.

Dalam kejadian jam 2.44 petang di sebuah kilang terletak di Bandar Sultan Sulaiman semalam menyebabkan, tangan kanan wanita berumur 27 tahun itu tersangkut hingga paras lengan dan mengalami bengkak.

Jeritan meminta tolong menyebabkan rakan sekerja yang kebetulan berada di lokasi menghubungi bomba untuk membantu mangsa.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan itu.

Menurutnya, kira-kira 45 minit masa di ambil untuk mengeluarkan tangan mangsa.

"Pasukan penyelamat terpaksa memanjat dinding tandas selepas pintunya berkunci dari dalam dan memecahkan permukaan mangkuk tandas menggunakan alat khas dalam operasi menyelamat itu.

"Mangsa diberikan rawatan awal sebaik tangannya berjaya dikeluarkan. Mangsa tidak mengalami luka, hanya bengkak di bahagian atas lengan," katanya.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: