Vokalis Seventeen ditangkap berkhalwat

Ifan bersama Citra Monika di sebuah pangsapuri. - Tribunnews
A
A

VOKALIS kumpulan Indonesia, Seventeen, Ifan didakwa berkhalwat bersama seorang model wanita dikenali Citra Monika di sebuah pangsapuri minggu lalu.

Memetik portal Tribunnews, Ifan yang kehilangan isterinya, Dylan Sahara dalam kejadian tsunami Anyer, Banten, bakal berdepan hukuman jika disabit kesalahan.

Suami kepada Citra Monika telah membuat laporan polis di Bandung, semalam.

Pegawai polis yang mengesahkan mengenai laporan itu turut memberitahu siasatan lanjut akan dilakukan terhadap Ifan.

"Ya betul. Suami Citra Monika telah membuat laporan polis," ujarnya.

Selain itu, sebuah video berkaitan kes itu turut menjadi tular di media sosial sejak Isnin lalu.

Menerusi video durasi 1 minit 54 saat itu, Ifan berpakaian seluar pendek berwarna merah jambu dan berbaju t-shirt hitam keluar dari sebuah bilik selepas beberapa individu memasuki pangsapuri itu.

Selepas dia duduk di sofa, dia disoal siasat oleh individu yang datang membuat serbuan tersebut.

Sementara itu, memetik Instagram @lambe_turah, Citra Monika memberitahu, Ifan berada di lokasi itu kerana mahu menumpang solat.

"Assalamualaikum saya Citra Monika ingin mengklarifikasi video yang beredar. Memang Ifan berada di pangsapuri saya. Ingin numpang solat dan kita nggak cuma berdua dan memang nggak ada apa-apa juga," jelasnya.