Prayut secara rasmi jadi PM Thailand ke-29

Prayut Chan-O-Cha yang dilantik secara rasmi menjadi Perdana Menteri Thailand ke-29 hari ini berjanji mendengar suara rakyat dan melindungi monarki.- Foto AFP
Prayut Chan-O-Cha yang dilantik secara rasmi menjadi Perdana Menteri Thailand ke-29 hari ini berjanji mendengar suara rakyat dan melindungi monarki.- Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Pemimpin Junta, Prayut Chan-O-Cha hari ini secara rasmi menjadi Perdana Menteri Thailand ke-29 selepas dekri diraja mengesahkan pelantikannya.

Pelantikan Prayut melengkapkan peralihan daripada seorang pemimpin tentera kepada pemimpin awam yang menjanjikan dasar pentadbiran berasaskan kasih-sayang, perpaduan dan belas kasihan.

“Saya akan mempromosi persekitaran aman demi masyarakat bersatu yang bersandarkan kepada kasih-sayang, perpaduan dan belas kasihan,” kata Prayut selepas dekri diraja dibacakan di Rumah Kerajaan.

Pemimpin berusia 65 tahun itu turut berjanji akan mendengar suara rakyat dan melindungi institusi monarki.

Namun pengkritik meragui ikrar bekas ketua tentera itu ekoran pemerintahan junta tentera sebelum ini yang dicemari larangan mengadakan perhimpunan politik dan sekatan terhadap media dan kebebasan bersuara. - AFP

Artikel Berkaitan: