'Harap itu bukan mayat kakak saya'

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - “Saya dan keluarga berharap itu bukan mayatnya,” kata adik kepada seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam selepas kali terakhir dikesan pada 28 Mei lalu.

Menurut James (bukan nama sebenar) yang berusia 29 tahun itu, sehingga kini keluarga masih mempunyai semangat yang kuat dan yakin bahawa kakaknya itu masih hidup.

“Buat masa ini proses pengecaman mayat masih belum boleh dilakukan kerana mayat ditemui semalam dibalut dengan pelbagai bahan dan belum boleh dilihat dengan jelas.

“Kami amat berharap yang ia bukan kakak,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.

Terdahulu, polis dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kotak kayu di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Daya di sini semalam.

Berdasarkan daripada siasatan awal polis, badan mangsa berusia 33 tahun yang turut disimen dengan plaster siling dipercayai dibunuh kekasihnya yang kini sudah diberkas untuk membantu siasatan.

Kotak kayu yang mengandungi mayat dipercayai wanita berkenaan ketika ditemui pihak polis, semalam.
Kotak kayu yang mengandungi mayat dipercayai wanita berkenaan ketika ditemui pihak polis, semalam.

James berkata, daripada apa yang diketahuinya, kakaknya itu sebelum ini memutuskan hubungan selepas mengetahui kekasihnya itu sudah berkahwin.

Artikel Berkaitan:

“Saya percaya kakak kembali bersama teman lelakinya selepas empat tahun memutuskan hubungan demi melindungi keluarga terutama anak perempuan kakak yang berusia 6 tahun.

“Tetapi awal tahun lalu, kakak saya kembali bersamanya. Saya yakin dia akur kembali kepada lelaki itu kerana bimbang dengan keselamatan keluarga,” katanya.

Adik mangsa turut memaklumkan keluarga juga percaya kakaknya pernah menjadi mangsa dera oleh suspek apabila pernah dilihat mempunyai kesan parut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbat mayat teman wanita dalam kotak