Sumbat mayat teman wanita dalam kotak

Penemuan sebuah kotak berbau busuk rungkai misteri kehilangan seorang wanita.
Penemuan sebuah kotak berbau busuk rungkai misteri kehilangan seorang wanita.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Penemuan sebuah kotak berbau busuk di tepi jalan di Kawasan Perindustrian Ringan, Taman Daya di Setia Indah di sini merungkai kes orang hilang dilaporkan pada 7 Jun lalu.

Susulan daripada penemuan itu, Polis Johor menahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan berkaitan kehilangan seorang wanita berusia 33 tahun.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, wanita terbabit dilaporkan keluar rumah di Taman Sri Putri, Skudai di sini pada 28 Mei lalu dan gagal dihubungi keluarga keesokan harinya.

"Hasil soal siasat terhadap kedua-dua lelaki terbabit mendedahkan penglibatan mereka di dalam kes pembunuhan ini.

"Salah seorang membuat pengakuan membunuh si mati di sebuah premis perniagaan di Setia Indah dan mendapatkan bantuan seorang lagi rakan untuk membuang mayat si mati di tepi jalan kawasan perindustrian ringan di kawasan Setia Indah," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Hasil soal siasat awal, mangsa yang berkenalan dengan salah seorang suspek sejak lapan tahun lalu dan juga pasangan kekasih didakwa dibunuh kerana bermotifkan cemburu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh hubungi terus hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 atau pegawai penyiasat, Asisten Superintendan S Shanker, 019-2704622," katanya.

Artikel Berkaitan: