Kampung Baru dilanda banjir kilat

Kawasan sekolah agama turut terjejas dalam kejadian banjir kilat di Kampung Periuk Kampung Baru, petang tadi. - Foto ihsan pembaca
Kawasan sekolah agama turut terjejas dalam kejadian banjir kilat di Kampung Periuk Kampung Baru, petang tadi. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak dan warga emas antara yang diselamatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dalam kejadian banjir kilat Kampung Periuk, Kampung Baru petang tadi.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Rahmat Kamaruzaman berkata, seramai 50 mangsa melibatkan 15 buah rumah terjejas dalam kejadian jam 3 petang itu.

Menurutnya, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 3.13 petang sebelum sepasukan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi bagi pemantauan dan

Banjir kilat di Kampung Baru kesan hujan lebat petang tadi.- Foto ihsan pembaca
Banjir kilat di Kampung Baru kesan hujan lebat petang tadi.- Foto ihsan pembaca

"Penduduk dipindahkan ke Dewan Sultan Sulaiman yang jaraknya sepuluh meter dari lokasi kejadian bagi tujuan keselamatan susulan paras air naik mendadak sehingga paras satu meter.

"Tiada alat khas digunakan sebaliknya pasukan bomba bersama anggota polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membantu mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian menggunakan jaket keselamatan," katanya.

Anggota bomba mengendong seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap kesan banjir kilat di Kampung Baru, petang tadi. - Foto ihsan BBP Titiwangsa
Anggota bomba mengendong seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap kesan banjir kilat di Kampung Baru, petang tadi. - Foto ihsan BBP Titiwangsa

Katanya, turut terjejas sekurang-kurangnya dua kenderaan yang terperangkap yang tidak sempat dialihkan.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanpun, tiada mangsa tercedera atau dikejarkan ke hospital susulan kejadian itu.

"Pemantauan diteruskan sehingga lewat petang dan air mulai surut kira-kira jam 6 petang," katanya.

Anggota bomba bertugas memantau keadaan banjir kilat di Kampung Baru, petang tadi. - Foto ihsan BBP Titiwangsa
Anggota bomba bertugas memantau keadaan banjir kilat di Kampung Baru, petang tadi. - Foto ihsan BBP Titiwangsa

Katanya, jumlah kerugian dan kerosakan harta benda masih dalam siasatan.