Warga emas maut dalam perjalanan untuk bersarapan

Muda menyeberangi jalan melalui pembahagi jalan sebelum di rempuh sebuah kereta: Foto - Ihsan pembaca
Muda menyeberangi jalan melalui pembahagi jalan sebelum di rempuh sebuah kereta: Foto - Ihsan pembaca
A
A
A

MARANG - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian kemalangan di Kilometer 16 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Kijing di sini hari ini.

Dalam kejadian kira kira jam 7.45 pagi itu, mangsa, Muda Mohamad, 81, dikatakan dalam perjalanan ke kedai makan untuk bersarapan namun menyeberangi laluan utama itu tanpa mengikut aliran trafik.

Warga emas yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda itu menyeberangi jalan melalui pembahagi jalan sebelum dirempuh kereta jenis Perodua Myvi dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan.

Muda yang cedera parah disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah pada jam 11.35 pagi manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan serius.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan beliau turut kesal dengan kejadian menimpa penunggang motosikal terbabit.

"Penunggang motosikal perlu menggunakan laluan yang ditetapkan dengan membuat pusingan u untuk ke seberang jalan bagi mengelak kejadian seperti ini berlaku.

“Kita amat berharap kejadian seperti ini tidak berulang dan menjadi iktibar kepada penunggang motosikal. Kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: