Lynas gagal ‘bersihkan’ dakwaan pencemaran: Fuziah

Fuziah
Fuziah
A
A
A

KUANTAN - Lynas Malaysia Sdn Bhd masih belum dapat membersihkan berhubung dakwaan sisa daripada bumi nadir itu selamat daripada sebarang pencemaran logam berat.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan data yang diambil untuk jangka masa 12 bulan sejak September 2015 daripada stesen pemantauan air bawah tanah syarikat itu sendiri menunjukkan sebaliknya.

Menurutnya, Lynas juga menafikan bahawa operasinya menyebabkan pencemaran logam berat yang serius.

“Memanglah Lynas tak akan mengaku terhadap pencemaran tersebut, sebab jika mengaku, nanti dia (Lynas) kena bertanggungjawab terhadap pencemaran tersebut.

“Jadi sebagai syarikat perlombongan nadir bumi yang dikatakan agak baharu, masa depannya bergantung pada kebolehannya untuk menyembunyikan masalah sebenar yang sedang dihadapinya di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fuziah berkata, pengesanan pencemaran air bawah tanah memerlukan kaedah pemantauan yang lebih kerap, berpanjangan dan secara tenikal.

Jelasnya, kesimpulan boleh dibuat setelah dengan adanya statistik yang meyakinkan berdasarkan beberapa jenis sampel diambil secara berulang kali di sepanjang musim termasuk mengambil kira faktor perubahan musim.

“Pencemaran jenis ini mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan awam dan persekitaran untuk jangka masa panjang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Lynas yang mendakwa minggu lalu bahawa pengkritiknya terbukti salah dengan mengatakan bahawa operasi Gebeng menghasilkan sisa berbahaya.

Dakwaan itu berikutan kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar bulan lalu bahawa air bawah tanah di sekitar loji Lynas sudah tidak lagi dicemari logam berat.

Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Dr Nagulendran Kangayatkarasu juga membuat kenyataan bahawa peningkatan mendadak bacaan logam berat dalam air bawah tanah sekitar loji Gebeng tidak berpunca daripada Lynas.

Kenyataan tersebut begitu konsisten dengan hasil pemantauan dan analisis air bawah tanah oleh Lynas Malaysia.

Dalam pada itu, Fuziah berkata, sisa Lynas mengandungi unsur radioaktif semulajadi (Norm) yang dianggap radioaktif di Australia.

“Kebanyakan racun juga didapati secara semulajadi, jika dilepaskan ke persekitaran atau badan kita, kita akan diracun.

“Logik yang sama juga boleh kita gunakan terhadap sisan Norm (radioaktif semulajadi) Lynas,” katanya.