Penyelia mangsa iklan pinjaman wang tak wujud

 Mohd Wazir Mohd Yusof
Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A
A

JERANTUT - Hasrat seorang penyelia membuat pinjaman wang undang padah apabila kerugian lebih RM3,000 selepas terpedaya dengan iklan pinjaman wang tidak wujud di Facebook.

Mangsa berusia 29 tahun membuat pinjaman RM30,000 dan membayar RM3,110 kononnya untuk kos giaman dan bayaran pendahuluan bulanan.

Selepas bayaran dibuat, mangsa rasa tertipu apabila wang yqng dipinjam langsung tidak diterima sehingga laporan polis dibuatnya, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa dari Jerantut tertarik dengan tawaran pinjaman yang ditawarkan sebuah ayarikat seperti diiklankan melalui Facebook yang dilayarinya pada 31 Mei lalu.

Menurutnya, tertarik dengan tawaran itu, mangsa berurusan dengan ejen ayarikat melalui nombor telefon yang tertera pada iklan berkenaan.

"Mangsa kemudiannya mengemukakan dokumen berkaitan termasuk salinan penyata gaji dan kad pengenalan seperti diminta untuk urusan proses pinjaman.

"Mangsa turut diminta membayar RM3,110 sebagai kos guaman dan pendahuluan bayaran bulanan sebelum pinjaman itu diluluskan," katanya.

Mohd Wazir berkata, akur dengan syarat itu, mangsa membuat bayaran seperti diminta melalui sebuah akaun bank atas nama seorang lelaki.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun selepas bayaran dibuat, mangsa langsung tidak menerima wang seperti dijanjikan.

"Susulan laporan dibuat mangsa, kita buka kertas siasatan kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya