Durian kanyao dilelong RM199,536

Sesi lelongan tersebut berjaya menarik minat penggemar buah durian.
Sesi lelongan tersebut berjaya menarik minat penggemar buah durian.
A
A
A
NONTHABURI - Sebiji durian telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan tempatan pada harga 1.5 juta baht (RM199,536) dalam satu sesi lelongan di Thailand.

Durian kanyao yang merupakan baka termahal di dunia itu telah menarik minat puluhan pembida raja buah itu dalam satu acara di Nonthaburi di tengah Bangkok baru-baru ini.

Menurut penganjur, buah yang terkenal kerana rasa luar biasa dan isi lebih tebal itu telah dipetik sehari sebelum acara itu yang mana harga minimum durian itu boleh mencecah 20,000 baht (RM2,650).

Difahamkan, sembilan durian baka lain seperti Monthong dan Kap Med Tao turut dilelong yang mana setiap biji berharga lebih 300,000 baht (RM39,754).

Hasil jualan 4.5 juta baht (RM596,316) yang diperoleh daripada sesi lelongan tersebut akan diberikan kepada petani dan sebahagiannya didermakan kepada badan amal tempatan untuk membeli peralatan perubatan untuk hospital. - Agensi
Artikel Berkaitan: