Tiga beranak maut di Mersing

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Endau-Mersing di sini hari ini. Foto - JBPM Johor
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Endau-Mersing di sini hari ini. Foto - JBPM Johor
A
A
A

MERSING - [DIKEMASKINI] Tiga maut manakala lapan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 15, Jalan Mersing- Endau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superitendan Cyril Edward Nuing berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian membabitkan mangsa maut, Mohd Safar Zakaria, 34; Nurul Jannah Talib, 29 dan Muhammad Darwisy Mohd Safar, 4, kira-kira jam 11.30 pagi

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira dinaiki lima sekeluarga dari arah Endau ke Mersing dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

"Berlaku pertembungan antara kenderan dinaiki mangsa dengan dan Proton Exora hingga menyebabkan pemandu kereta Wira berusia 34 tahun meninggal dunia di Hospital Mersing dan penumpang wanita berusia 29 tahun di tempat duduk hadapan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun juga telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Dua mangsa lain dalam kereta Wira, enam mangsa dalam Exora cedera dan dihantar ke Hospital Mersing untuk rawatan," katanya di sini hari ini.

Cyril berkata, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Mersing untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Badrulhisyam Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.13 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: