Insiden tragik tiga beranak maut disambar petir

Kejadian itu mengorbankan S. Elangovan, 38, K. Kaliammah, 36 dan anak mereka Vinesh, 3 tahun.
Kejadian itu mengorbankan S. Elangovan, 38, K. Kaliammah, 36 dan anak mereka Vinesh, 3 tahun.
A
A
A

JEMPOL- Tiga beranak maut, manakala seorang anaknya terselamat selepas disambar petir dalam kejadian di kandang kambing dalam kebun getah di Felda Palong 6, petang Selasa.

Ketua Polis Jempol, Superintendan Muhd Nurhishamuddin Hashim berkata, kejadian itu mengorbankan S. Elangovan, 38, K. Kaliammah, 36 dan anak mereka Vinesh, 3 tahun. Seorang lagi anak mereka berusia 9 tahun terselamat namun melecur dan bengkak pada kakinya.

"Semua mangsa didakwa masih belum pulang rumah setelah keluar ke kebun sejak jam 5 petang.

"Ibu mangsa mengadu kepada rakannya berikutan keadaan hujan lebat dan petir serta kilat sepanjang petang.

"Bagaimana pun sebaik rakannya tiba dilokasi mangsa tidak menyahut panggilannya namun terdengar tangisan seorang kanak-kanak dan dapati dia mengalami kesan melecur serta bengkak di kaki," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Muhd Nurhishamuddin berkata, manakala mangsa bersama anaknya berusia 3 tahun ditemukan kaku selain terdapat beberapa ekor kambing dan dua ekor anjing yang mati di dalam kandang.

"Semua mangsa dibawa ke Hospital Jempol dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa maut disebabkan kejutan letrik dari kilat petir.

"Kejadian tiada unsur jenayah dan mayat telah dituntut keluarganya sebaik bedah siasat selesai untuk proses pengebumiaan," katanya.

Artikel Berkaitan: