Wanita maut, suami dan bayi cedera

Keadaan dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Mawai, Kota Tinggi. Gambar ihsan JBPM Johor
Keadaan dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Mawai, Kota Tinggi. Gambar ihsan JBPM Johor
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang wanita maut, manakala suami dan bayinya berusia tujuh bulan cedera selepas kereta dinaiki terlibat nahas di Jalan Mawai, Kota Tinggi, hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Izzaty Mustafa, 23. Manakala suami dan bayinya dikenali sebagai Muhamad Reedzuan Nordin, 26, serta Afeeya Medinah Mohamad Reedzuan, 7 bulan.

Dalam kejadian tersebut, Perodua Myvi dinaiki sepasang suami isteri terbabit bersama bayi mereka bertembung dengan Proton Persona dipandu seorang wanita.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, PBK II Ibrahim Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 10.13 pagi.

Keadaan dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Mawai, Kota Tinggi. Gambar ihsan JBPM Johor
Keadaan dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Mawai, Kota Tinggi. Gambar ihsan JBPM Johor

Menurutnya, sebuah jentera dan unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.

"Terdapat seorang mangsa dalam Proton Persona dan tiga orang mangsa dalam Perodua Myvi," katanya, di sini hari ini.

Ibrahim berkata, semua mangsa dikeluarkan anggota bomba kecuali bayi perempuan yang telah dibawa orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kota Tinggi manakala yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya," katanya.

Selain itu, bomba turut memaklumkan identiti wanita yang menaiki Proton Persona yang cedera tidak ditemui.