Kerja baik pulih paip pecah dijangka siap pagi esok

Kerja-kerja membaiki paip pecah di jajaran paip utama 1,800 millimeter di Setia Alam sedang giat dijalankan dan dijangka siap jam 12 tengah hari esok.
Kerja-kerja membaiki paip pecah di jajaran paip utama 1,800 millimeter di Setia Alam sedang giat dijalankan dan dijangka siap jam 12 tengah hari esok.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja-kerja membaiki paip pecah di jajaran paip utama 1,800 millimeter di Setia Alam sedang giat dijalankan dan dijangka siap jam 12 tengah hari esok.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad dalam kenyataannya di sini hari ini berkata bekalan air akan dibuka sejurus kerja-kerja pembaikan paip selesai dijalankan dan pemulihan bekalan adalah secara berperingkat bergantung kepada jarak dan kedudukan lokasi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ahmad Faizal Abdul menasihatkan pengguna supaya menggunakan air secara berhemah semasa kerja-kerja pembaikan paip dilakukan.

“Kami juga berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam dan pengguna tidak mengalami masalah bekalan air terputus untuk tempoh yang lama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi paip pecah di Setia Alam di sini.

Dalam pada itu, Pengerusi SPAN Charles Anthony Santiago berkata punca kejadian akan dikenal pasti selepas kerja-kerja pembaikan selesai dijalankan.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Klang berkata ini kali kedua kejadian paip pecah berlaku di Klang dalam tempoh yang singkat.

Pada 5 Mei lepas tiga batang paip utama berhampiran tapak pembinaan Lebuhraya Pantai Barat Banting-Taiping pecah mengakibatkan gangguan bekalan air kepada kira-kira 800,000 pengguna terjejas.

Kawasan terjejas antaranya ialah Ambang Botanik, Armada Putera, Bandar Bestari, Bandar Botanik, Bandar Bukit Tinggi 1, Bandar Bukit Tinggi 2, Bandar Klang (Batu 1 - 3 Jalan Meru), Bandar Parkland, Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Glenmarie Cove, Glenn Cruise, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Jalan Dato Hamzah dan Jalan Istana.

Artikel Berkaitan:

Turut mengalami nasib sama adalah penduduk di 22 kawasan di sekitar Kuala Langat seperti Batu 7, 8, 9 Sijangkang, Jalan Puyuh, Taman Desa Sijangkang, Taman Medan Indah dan Taman Seri Medan.- Bernama