Tidur dua jam sahaja demi siapkan tempahan kuih raya

Fitry tekun menyiapkan tempahan biskut raya.
Fitry tekun menyiapkan tempahan biskut raya.
A
A
A

SINTOK - Seorag graduan Jurusan Perniagaan Tani Universiti Utara Malaysia (UUM) hanya tidur dua jam setiap hari menjelang Aidilfitri kerana sibuk menyiapkan tempahan biskut raya.

Mohd Fitry Ahmad Taharim, 25 berkata dia tidak menyangka minatnya membuat biskut raya mampu menjadi pendapatan utama kini.

"Walaupun sibuk dengan kuliah di kampus tetapi tidak menghalang saya untuk pulang ke rumah di Bukit Kayu Hitam yang terletak berdekatan dengan UUM untuk membantu ibu sekaligus menyiapkan tempahan biskut dari rakan universiti," katanya ketika ditemui semasa lawatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEPA) UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali ke gerainya di Galeri Ahmad Fawzi Basri Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) pagi tadi sempena jualan menyambut Aidil Fitri.

Fitry berkata, dia sangat berharap agar dapat memperkenalkan produknya sehingga impiannya membuka kedai sendiri tercapai.

"Antara biskut yang mendapat sambutan tertinggi ialah Tart Cadbury; Samperit Klasik; Bangkit cheese; banana cookies dan sebagainya," katanya.

Fitry kini dibantu oleh dua orang pembantu selain daripada ibu dan adiknya Noor Atika, 22 tahun.

Artikel Berkaitan: