Sila log masuk terlebih dahulu.

Tak menang tangan siapkan tempahan

28 April 2023 | VIDEO
A
A
A

BEITA SEMASA 28 APRIL 2023

Berbusana Melayu lengkap bertanjak antara fesyen yang kini menjadi pilihan ramai untuk diperagakan pada hari lebaran, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.

Disebabkan itu, tidak hairanlah pengusaha tanjak tradisional di Butterworth, Pulau Pinang, Mohamed Suffian Desa tidak menang tangan menyiapkan tempahan tanjak yang diterimanya sejak beberapa bulan lalu sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Mula menceburi bidang jahitan dan gubahan tanjak sejak awal 2019, Mohamed Suffian mengakui terpaksa bersengkang mata bagi menyiapkan lebih 600 tempahan tanjak yang diterima dari pelbagai pihak termasuk pelanggan tetap sebelum ini.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian