Puspanita Kuala Muda agih 300 bubur lambuk

Pengagihan dilakukan kepada kakitangan Kompleks Kerajaan Daerah Kuala Muda dan orang awam.
Pengagihan dilakukan kepada kakitangan Kompleks Kerajaan Daerah Kuala Muda dan orang awam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) daerah Kuala Muda, Hotel Seri Malaysia dan Pejabat Daerah mengagihkan 300 bekas bubur lambuk di Kompleks Kerajaan Daerah Kuala Muda baru-baru ini.

Pengerusi Puspanita Daerah Kuala Muda, Rohana Abdul Rahman berkata, bubur lambuk itu juga diagihkan kepada orang awam bermula jam 4 petang.

Menurutnya, aktiviti berkenaan adalah kerjasama yang dilakukan secara bersama dengan hotel berkenaan bagi mengambil kesempatan sempena kemuliaan bulan Ramadan.

Pengagihan itu turut disertai Pegawai Daerah Kuala Muda, Md Nordin Yahya dan Pengurus Hotel Seri Malaysia, Abdul Ghafor.

Rohana (empat dari kanan) bersama ahlinya mengagihkan bubur lambuk minggu lalu.
Rohana (empat dari kanan) bersama ahlinya mengagihkan bubur lambuk minggu lalu.

Artikel Berkaitan: