Sultan Selangor kurnia darjah kebesaran panel hakim syariah

Sultan Selangor menyerahkan watikah pelantikan Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor kepada Jasri dalam satu istiadat yang diadakan di Istana Bukit Kayangan, hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) kepada Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Pengurniaan SSIS yang membawa gelaran Datin Paduka Setia itu diadakan dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan, hari ini.

Pada istiadat sama, baginda berkenan melantik kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Alhaj sebagai Bentara Raja.

Dalam istiadat sama, baginda berkenan menyerahkan watikah pelantikan dua Hakim Syarie sebagai Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor kepada Datuk Mohd Radzi Abd Latif, 53 dan Datuk Jasri @ Nasip Mat Jakir,57.

Mohd Radzi merafak sembah menerima watikah pelantikan sebagai  Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor disampaikan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, hari ini.
Mohd Radzi merafak sembah menerima watikah pelantikan sebagai Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor disampaikan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, hari ini.

Pelantikannya berkuatkuasa 9 Mei 2019 hingga 8 Mei 2022 dibuat selaras dengan Subseksyen 57 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Turut berangkat pada istiadat itu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bersama Menteri Besar Selangor Amirudin Shari serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Sultan Selangor turut menyampaikan watikah pelantikan kepada tiga Hakim Mahkamah Syariah iaitu Nadiah Khamis,43 Mohd Faizal Habib,36 dan Muhammad Mujahid Ahmad,33 berkuatkuasa tarikh sama.

Turut menerima watikah pelantikan ialah enam Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah dan tujuh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia