X

Kindly register in order to view this article
!

155,410 akaun pengguna terjejas bekalan air

Kira-kira 155,410 akaun pengguna di sekitar Klang dan Kuala Langat terjejas bekalan air berikutan kejadian paip pecah di Setia Alam pagi tadi
A
A

KLANG - Kira-kira 155,410 akaun pengguna di sekitar Klang dan Kuala Langat akan terjejas bekalan air secara berperingkat hari ini, berikutan kejadian paip pecah di jajaran paip utama di Setia Alam, pagi tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, penutupan bekalan dilaksanakan pihaknya bagi pelaksanaan kerja kecemasan pembaikan paip utama berukuran 1800 milimeter.

“Kami ingin maklumkan berlaku insiden paip pecah pagi tadi yang menyebabkan pengguna di kawasan Klang dan Kuala Langat akan terjejas secara berperingkat, status terkini dan butiran lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kawasan terjejas bekalan air di Kuala Langat
Kawasan terjejas bekalan air di Kuala Langat

“Pihak kami sedang membuat persiapan bagi menggerakkan bantuan lori-lori tangki air ke kawasan terjejas dan mengaktifkan Pusat Khidmat Setempat (PKS) pada jam 3 petang hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya memohon maaf atas kesulitan dialami pengguna berikutan insiden tidak dijangka.

Katanya, pihaknya akan mengambil segala usaha dan tindakan perlu bagi mempercepatkan kerja pembaikan dan meminimumkan impak gangguan.

Kawasan terjejas bekalan air di Klang
Kawasan terjejas bekalan air di Klang

“Pengguna boleh merujuk maklumat di laman sesawang www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit Air Selangor serta Facebook Air Selangor bagi mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus