Bekalan makanan utama mencukupi sepanjang Aidilfitri

Fahmi (dua dari kiri) beramah mesra bersama pengunjung pada Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri di Pasar Tani Bukit Angkasa disini.
Fahmi (dua dari kiri) beramah mesra bersama pengunjung pada Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri di Pasar Tani Bukit Angkasa disini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekalan keperluan musim perayaan dan lain-lain makanan yang dipasarkan di pasar-pasar tani khas adalah mencukupi.

Pengerusi Fama, Ishak Ismail berkata bekalan bahan makanan utama seperti daging, ayam, ikan, kelapa, sayur-sayuran dan buah-buahan sentiasa mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna sepanjang musim perayaan.

"Kementerian menasihatkan para pengguna dan pembeli agar tidak bimbang dengan masalah bekalan dan stok berkenaan.

"Para pengguna dan pengunjung pasar tani dinasihatkan agar berbelanja dengan bijak dan berhemah, agar membeli barang keperluan yang diperlukan sahaja, sesuai dengan seruan kerajaan," katanya.

Ishak (dua dari kiri) bersama Fahmi(dua,kanan) pada Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri di Pasar Tani Bukit Angkasa disini.
Ishak (dua dari kiri) bersama Fahmi(dua,kanan) pada Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri di Pasar Tani Bukit Angkasa disini.

Beliau berkata demikian pada kenyataan media ketika Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri di Pasar Tani Bukit Angkasa di sini.

Katanya, kunjungan ke pasar tani juga boleh dijadikan satu aktiviti sosial baik dengan keluarga mahupun rakan-rakan di samping membeli-belah.

"Selain dari pasar tani, bekalan makanan juga boleh diperolehi melalui outlet-outlet pemasaran sedia ada di bawah MOA seperti MyFarm Outlet, Pasar Komuniti (PAKAR), Agrobazaar Rakyat, My Best Buy, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) dan Pasar Nelayan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir sama merasmikan majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.