Ops Motosikal Khas: Polis tahan remaja positif dadah

Anggota penguatkuasa memeriksa motosikal dalam Ops Motosikal Khas di Plaza Tol Senawang semalam.
Anggota penguatkuasa memeriksa motosikal dalam Ops Motosikal Khas di Plaza Tol Senawang semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang remaja yang menunggang motosikal ditahan oleh penguat kuasa kerana positif dadah dalam Operasi Motosikal Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2019 awal pagi tadi di Plaza Tol Senawang.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Azrin Borhan berkata, operasi bersepadu ini turut disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), PDRM, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Imigresen dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Azrin (kiri) melihat pemeriksaan semasa Operasi Pengutakuasaan Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2019 awal pagi semalam di Plaza Tol Senawang.
Azrin (kiri) melihat pemeriksaan semasa Operasi Pengutakuasaan Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2019 awal pagi semalam di Plaza Tol Senawang.

Katanya, sebanyak 37 penunggang motosikal menjalani saringan urin, namun hanya seorang lelaki sahaja berusia 20 tahun, dikesan positif dadah jenis Methapetamine.

“Remaja yang bekerja di sebuah kilang itu ditahan kerana menunggang motosikal di bawah pengaruh dadah telah ditahan oleh AADK dan dibawa ke pusat tahanan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan JPJ telah menjalankan pemeriksaan terhadap 638 kenderaan, dan daripada jumlah itu sebanyak 125 kenderaan diambil tindakan manakala 104 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Penguatkuasa Imigresen menahan salah seorang warga asing dalam operasi semalam.
Penguatkuasa Imigresen menahan salah seorang warga asing dalam operasi semalam.

Pada operasi tersebut, pihak Imigresen juga memeriksa 37 warga asing, dan daripada jumlah itu lima dari Myanmar serta Pakistan ditahan kerana memiliki dokumen perjalanan yang meragukan.

Artikel Berkaitan:

Penguatkuasaan khas sempena musim perayaan ini dilaksanakan bermula 29 Mei sehingga 13 Jun, memberi tumpuan kepada semua jenis kenderaan, termasuk operasi khas motosikal yang akan diadakan sebanyak empat kali sepanjang tempoh penguatkuasaan.