20 maut hari keempat Op Selamat 15/2019

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 kematian dicatatkan pada hari keempat Op Selamat 15/2019 semalam menjadikan angka kematian keseluruhan operasi itu meningkat kepada 69 orang.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, jumlah kemalangan maut juga meningkat daripada 44 kes kepada 63 kes.

"Menerusi statistik yang dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Selangor mencatatkan jumlah kematian sebanyak 11 orang dengan diikuti dengan Johor dan Sarawak masing-masing sebanyak sembilan orang.

“Selangor juga kekal mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi sejak Rabu lalu hingga semalam iaitu sebanyak 2,154 diikuti Johor (1,069), Kuala Lumpur (989), Pulau Pinang (616), Perak (479), Kedah (320), Negeri Sembilan (301), Pahang (261), Melaka (222), Kelantan (153), Sabah (144), Sarawak (139), Terengganu (131) dan Perlis (34)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Asmawati, sebanyak 25,179 saman jalan raya atas pelbagai kesalahan dikeluarkan pada hari keempat di seluruh negara.

Artikel Berkaitan: