Gunting rambut percuma sempena Syawal

Md Fazly (belakang, kanan) bersama antara anak-anak yatim yang menyertai program Raya Bergaya anjuran Persatuan Belia MBFM Felda Simpang Waha dan TZ BarberShop Felda Simpang Waha semalam.
Md Fazly (belakang, kanan) bersama antara anak-anak yatim yang menyertai program Raya Bergaya anjuran Persatuan Belia MBFM Felda Simpang Waha dan TZ BarberShop Felda Simpang Waha semalam.
A
A
A

KOTA TINGGI - Persatuan Belia Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Simpang Waha di sini meraikan anak-anak yatim dalam kampung tersebut melalui program Raya Bergaya dengan memberikan khidmat gunting rambut secara percuma.

Pengerusinya, Md Fazly Ismail berkata, program pertama kali dianjurkan itu merupakan program amal bagi meringankan beban golongan tersebut dalam menyambut Syawal yang tinggal beberapa hari lagi.

"Program gunting rambut amal yang dianjurkan sepenuhnya oleh Persatuan Belia MBFM Felda Simpang Waha dan TZ BarberShop Felda Simpang Waha bertujuan untuk membantu komuniti setempat.

"Umum mengetahui bila hari raya saja selain kedai-kedai menjual pakaian, kedai gunting rambut juga jadi tumpuan kaum lelaki.

"Jadi kita ambil inisiatif untuk tawarkan kepada anak-anak yatim dalam kampung ini di mana seramai 25 orang telah bersama-sama dalam program ini," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, pihak Persatuan Belia MBFM Felda Simpang Waha akan cuba menjadikan program gunting rambut amal berkenaan sebagai program rutin tahunan bagi membantu golongan memerlukan.

Artikel Berkaitan: