Pengasas IOI meninggal dunia

Tan Sri Lee Shin Cheng. Foto: Astro Awani
Tan Sri Lee Shin Cheng. Foto: Astro Awani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengasas IOI Corporation Berhad (IOI), Tan Sri Lee Shin Cheng meninggal dunia malam tadi.

Mendiang meninggal dunia sekitar 8.30 malam, dua hari sebelum menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-80.

Bapa kepada enam anak ini menubuhkan IOI pada tahun 1969 sebelum menceburkan diri dalam perniagaan minyak sawit pada tahun 1983 dan pembangunan hartanah setahun kemudian.

Menurut laporan Sin Chew Daily, mendiang merupakan seorang hartawan yang sangat bekerja keras.

Beliau dilaporkan datang dari keluarga miskin, berhenti sekolah pada usia 11 tahun untuk bekerja dan membantu keluarga.

"Beliau pernah menjual aiskrim dengan menggunakan basikal selama empat tahun. Beliau juga pernah bekerja sebagai pembantu stesen minyak dan pekerja am ladang," lapor The Star.

Mendiang disenaraikan oleh Forbes sebagai lelaki terkaya kelima di Malaysia pada 2018 dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$5.4 bilion.

Shin Cheng meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.

Artikel Berkaitan:

Anak bongsunya, Lee Yeow Sen, merupakan suami Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.