Sanggup tebal muka minta sedekah demi kucing

Gelagat Mohd Fitri melayan kucing-kucingnya menarik perhatian pengunjung Pasar Tani Hiliran di sini.
Gelagat Mohd Fitri melayan kucing-kucingnya menarik perhatian pengunjung Pasar Tani Hiliran di sini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Gelagat seorang lelaki melayan karenah kucing peliharaannya dengan memberi minum susu menggunakan botol bayi dan mengenakan topi dijahit sendiri menarik perhatian pengunjung Pasar Tani Hiliran, di sini.

Sambil melayan karenah kucing kesayangannya itu, dia meletakkan bekas untuk pengunjung yang ingin menderma bagi meringankan bebanannya membeli makanan dan minuman kepada binatang ini.

Disebabkan terlalu sayangkan haiwan ini, pencinta kucing, Mohd Fitri Yahya, 37, sanggup menebalkan muka meminta derma semata-mata ingin membeli makanan dan susu kucing kesayangannya itu.

Bapa kepada tiga anak ini berkata, setiap hari dia perlu memperuntukkan RM13 membeli makanan dan susu untuk kucing-kucing peliharannya.

"Memang kalau ikut kos tidaklah membebankan bagi mereka yang berduit tapi bagi saya yang tidak mempunyai pendapatan tetap, kos berkenaan agak besar.

"Tetapi saya tetap hendak menjaga kucing-kucing ini kerana risau akan dibiarkan. Hati saya mudah tersentuh apabila melihat tiada siapa yang peduli dengan kucing jalanan.

Mohd Fitri memberi susu kepada salah seekor kucing peliharaannya menggunakan botol susu bayi.
Mohd Fitri memberi susu kepada salah seekor kucing peliharaannya menggunakan botol susu bayi.

"Saya tidak kisahlah kalau terpaksa makan ala kadar dan pernah mengikat perut kerana duit ada cukup-cukup untuk membeli makanan dan susu kucing-kucing ini," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Dia yang sudah berpisah dengan isterinya itu berkata, walaupun sedar tidak berkemampuan dari segi wang ringgit, namun dia tetap menyimpan hasrat suatu hari nanti dapat membuka 'rumah' kucing jalanan.

"Saya nak kumpul kucing-kucing jalanan yang dibuang di bawah satu bumbung. Saya tak sanggup melihat kucing ini merayau kelaparan," katanya.