28,242 premis diperiksa sempena musim perayaan

Saifuddin menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar tahfiz dalam program hari ini.
Saifuddin menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar tahfiz dalam program hari ini.
A
A
A

KULIM - Sebanyak 28,242 premis runcit dan borong seluruh negara diperiksa sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) setakat 31 Mei.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keseluruhan premis melibatkan 831 premis borong dan 27, 411 premis runcit itu diperiksa anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Untuk raya puasa kita telah rekod 127 kes tidak meletakkan tanda harga. Bagi kes menjual melebihi harga maksimum pula hanya dua kes daripada 28,242 premis direkodkan. Ini menunjukkan kepatuhan itu sangat tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas tamat program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan, anak yatim dan pelajar tahfiz di Dewan Bandaran Kulim, hari ini.

Tambahnya, selain Aidilfitri, SHMMP turut diaktifkan pada Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Ditanya adakah SHMMP membebankan peniaga, Saifuddin berkata, tiada sebarang aduan diterima beliau berhubung perkara itu.

Terdahulu, Saifuddin menyampaikan sumbangan barangan keperluan Aidilfitri kepada 165 kakitangan kerajaan manakala 104 pelajar tahfiz menerima tunai.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!