Op Selamat: 769 saman dikeluarkan hari ketiga

Mohamad Noor (kanan) beramah mesra bersama orang ramai yang ingin ke pulang ke kampung pada Program Balik Kampung dan Pelancaran Op Selamat 15/2019 Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bas Kuantan di sini hari ini.
Mohamad Noor (kanan) beramah mesra bersama orang ramai yang ingin ke pulang ke kampung pada Program Balik Kampung dan Pelancaran Op Selamat 15/2019 Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bas Kuantan di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Polis Daerah Kuantan telah mengeluarkan 769 saman trafik hasil Op Selamat yang baharu sahaja tiga hari dilaksanakan di seluruh negara bermula 29 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, ini membuktikan masih ramai orang awam yang masih berdegil melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.

Menurutnya, pihaknya juga bertegas tidak akan berkompromi dan tiada pengurangan saman dikeluarkan sempena musim Ops Selamat Hari Raya Aidilfitri.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat dan juga menggunakan telefon bimbit.

"Kita mengharapkan agar masyarakat mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam mengurangkan kadar kemalangan dan sentiasa bertindak dalam konteks masyarakat yang bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada Program Balik Kampung dan Pelancaran Op Selamat 15/2019 Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bas Kuantan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Noor berkata, pihaknya mengharapkan agar orang ramai mendaftar dengan polis sebelum meninggalkan kediaman masing-masing untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri kali ini.

"Saya berharap orang ramai tampil mendaftar bagi membolehkan polis mendapat statistik sebelum rondaan dilakukan.

Artikel Berkaitan:

"Tak perlu datang ke balai polis, hanya telefon kepada pihak polis dan kita akan melakukan rondaan di kawasan yang telah dilaporkan," katanya.

Tambahnya, seramai 248 anggota Ibu Pejabat Daerah Kuantan akan terlibat dalam Op Selamat yang turut melibatkan anggota pencegahan jenayah pecah rumah.