Penunggang motosikal maut bertembung motosikal lain

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Betik Utama dekat Masai pagi tadi.
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Betik Utama dekat Masai pagi tadi.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal di Jalan Betik Utama dekat Masai, di sini jam 1.40 pagi tadi.

Mangsa yang mati di tempat kejadian merupakan pekerja swasta iaitu Khairulizam Mohamad Saad, 40, akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Ismail Dollah berkata, kemalangan turut menyebabkan seorang lagi penungggang motosikal, S Surendran, 25, cedera di bahagian kepala dan muka.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati Khairulizam menunggang motosikal dari arah Jalan Masai menghala ke Jalan Kongkong.

"Apabila tiba ditempat kejadian, mangsa dipercayai telah bertembung dengan Surendran yang berada di laluan bertentangan.

"Akibat dari perlanggaran tersebut, Khairulizam tercampak dan mengalami kecederaan parah sehingga menyebabkan kematian.

"Manakala, Surendram mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Ssultan Ismail untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan.

Ismail berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: