Polis SPU tambah 30 peratus anggota sempena Aidilfitri

Noorzainy memberi penerangan kepada pemandu kereta ketika menyertai Kempen Keselamatan Jalanraya: Op Selamat 15/2019 peringkat IPDSPU di Plaza Tol Bertam hari ini.
Noorzainy memberi penerangan kepada pemandu kereta ketika menyertai Kempen Keselamatan Jalanraya: Op Selamat 15/2019 peringkat IPDSPU di Plaza Tol Bertam hari ini.
A
A
A

KEPALA BATAS - Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPDSPU) akan menambah jumlah anggota di beberapa kawasan panas menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sebanyak 30 peratus bilangan anggota akan ditambah bagi menjaga dan memantau kawasan panas khususnya yang sering berlaku kemalangan dan kes pecah rumah di daerah ini.

Menurutnya, antara kawasan panas bagi kes pecah rumah yang dikenalpasti adalah Bertam, Bertam Perdana dan sekitarnya.

"Di kawasan panas ini, ramai penduduknya adalah orang luar. Jadi, apabila musim perayaan, mereka akan pulang ke kampung masing-masing dalam tempoh yang agak lama.

"Sehubungan itu, kita akan menambah 30 peratus daripada jumlah anggota sedia ada untuk memantau dan mengawasi kawasan-kawasan ini agar tidak berlaku sebarang kes jenayah terutamanya kes pecah rumah," katanya pada sidang media hari ini.

Noorzainy menyampaikan cenderahati kepada pemandu kenderaan pada Kempen Keselamatan Jalanraya: Op Selamat 15/2019 peringkat IPDSPU di Plaza Tol Bertam hari ini.
Noorzainy menyampaikan cenderahati kepada pemandu kenderaan pada Kempen Keselamatan Jalanraya: Op Selamat 15/2019 peringkat IPDSPU di Plaza Tol Bertam hari ini.

Terdahulu, Noorzainy menyertai Kempen Keselamatan Jalan raya: Op Selamat 15/2019 peringkat IPDSPU di Plaza Tol Bertam di sini.

Kempen itu turut melibatkan beberapa agensi lain antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat ADUN Bertam, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Plus Malaysia Berhad (Plus) dan Jabatan Pertahanan Awam.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, terdapat lima jalan di daerah tersebut dikenalpasti akan mengalami kesesakan iaitu Jalan Permatang Pauh; Jalan Chain Ferry; Penang Central, Bumbung Lima dan Jalan Raja Uda.

"Bagi kawasan panas yang sering berlaku kemalangan maut pula adalah sepanjang laluan Jalan Chain Ferry ke Jambatan Merdeka, Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Lebuhraya Utara Selatan di KM115 hingga KM130.9.

"Sehubungan itu, seramai 62 pegawai kanan dan pegawai akan terlibat dalam penugasan Op Selamat 15 ini," katanya.

Noorzainy turut mengedarkan cenderahati dan borang maklumat balik kampung kepada pemandu kenderaan.
Noorzainy turut mengedarkan cenderahati dan borang maklumat balik kampung kepada pemandu kenderaan.

Noorzainy turut menasihatkan pemilik rumah atau premis supaya memaklumkan kepada polis jika mereka akan meninggalkan rumah atau premis mereka pada musim perayaan ini.

"Pemilik rumah atau premis boleh mengisi borang maklumat balik kampung dan menghantarnya kepada balai polis terdekat. Borang itu boleh diperolehi dari balai polis atau melalui portal rasmi Polis Diraja Malaysia di http://www.rmp.gov.my.

"Selain borang, mereka juga boleh mengisi maklumat melalui aplikasi 'Voleunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun pada telefon bimbit melalui aplikasi Play Store (Android) atau Apple Store (Iphone)," katanya.